Monday 19 September 2016

One small step

one small step was taken during last Hari Raya Puasa. Both parents was so excited to the news and decided to take charge. Since Negeri Sembilan got so many adat, his parents came by to my house during raya for unofficial merisik and after raya for official merisik day.



here is a summary of what should happen during merisik. since we just moved to Rembau recently, we don't follow everything to details. mudahkan je orang kata


Adat Merisik dan Meminang
Bermula seawal merisik, tuan rumah (pihak pengantin perempuan) akan membuat persiapan seperti memasang lelangit yang merupakan kain yang dipasang di atas permukaan bumbung rumah. Pihak pengantin lelaki akan diwakili oleh buapak dari sukunya, begitu juga dengan pihak pengantin perempuan, yang diwakili oleh buapak dari sukunya.
Adat merisik ini dilakukan bagi memastikan gadis yang dipinang masih belum berpunya. Dalam istiadat ini, pihak lelaki haruslah menyediakan cincin tanya seperti adat perkahwinan Melayu biasa.
Epok dan bujam atau sirih untuk dimakan perlu disertakan oleh pihak lelaki dan diserahkan kepada pihak perempuan. Setelah mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, tarikh pertunangan juga ditetapkan. 

mengikut Tok Lang merangkap wakil pihak perempuan....
"no lelangit dipasang sebab zaman dulu rumah tak ad ceiling, sekarang dah elok cantik berceiling"
cincin tanya je disediakan sebab pihak lelaki bukan berasal dari negeri sembilan. dan tarikh pun ditetapkan. tetapi, lepas sesi merisik, sepatutnya cincin tanya tak boleh pakai sebab nanti akan dipulangkan masa tunang. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii we dont care. haha pakai je, but i have to go and meet the eldest to show my ring, tgk diorang setuju atau tak. 

since yang lain ni belum terjadi, kena lah tunggu episod seterusnya 

Dalam istiadat bertunang, pihak lelaki perlulah menyediakan cincin tunang dan diserahkan kepada pihak perempuan. Buapak kedua-dua suku, akan menetapkan tarikh perkahwinan. Cincin tanya yang telah diserahkan semasa adat merisik itu akan dikembalikan semula kepada pihak lelaki. Proses ini dikenali sebagai proses mengembang cincin. Cincin tersebut kemudiannya perlulah dirujuk kepada buapak dan waris saka yang lain.
Setelah ditentukan harinya, buapak bagi pihak lelaki perlulah bertanya kepada buapak pihak perempuan, tentang beberapa perkara, iaitu termasuklah:
a. mas kahwin perempuan yang dipinang
b. belanja hangus yang diminta oleh pihak perempuan
c. wang bayar upah nikah
d. wang rompak pintu
e. wang masuk khariah
f. wang adat untuk buapak
Maka dengan terjawabnya persoalan-persoalan ini, selesailah adat meminang, lalu doa selamat dibacakan.


Adat Berkampung
Setelah kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk menyatukan kedua-dua anak mereka, buapak akan bertanyakan tentang majlis kenduri kahwin, yang akan dibuat. Kemudiannya buapak akan mengumumkan kepada penduduk kampung supaya datang bekerjasama semasa kenduri itu nanti, di mana setiap orang menpunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing. Upacara ini dinamakan berkampung. Ia dilakukan bagi mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara penduduk-penduduk kampung serta bergotong-royong dalam apa jua keadaan.
.

 Adat Menjunjung Pengantin
Antara upacara yang menarik dalam adat pepatih ialah adat menjunjung pengantin. Pengantin akan dijunjung dan diarak sehingga ke atas rumah. Tandu akan dihias dan diikat pada buluh.
Sebelum pengantin naik ke atas rumah, kedua mempelai akan membasuh kaki. Upacara ini dilakukan oleh saudara-mara. Tujuan dilakukan sedemikian adalah untuk menunjukkan orang Melayu kaya dengan kesopanan dan mengutamakan kebersihan sebelum memasuki sesebuah rumah



 Adat Merenjis
Upacara ini dimulakan oleh buapak, dan diikuti dengan bapak-bapak lembaga yang lain. Setelah selesai tetamu-tetamu kehormat merenjis, barulah diikuti dengan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang lain.

Adat Menyuap
Satu lagi upacara yang menarik adalah adat suap-menyuap. Dalam upacara ini, pengantin akan cuba menyuap pulut kuning ke dalam mulut pasangannya, sementara pasangannya perlulah mengelak. Upacara ini dibantu oleh ahli keluarga.


Hidangan Bapak Lembaga
Buapak dan bapak Lembaga akan dijamu ditempat yang disediakan oleh tuan rumah. Mengikut lazimnya, makanan yang dihidangkan kepada mereka perlulah diasingkan dan ditutup dengan tudung saji beralaskan kain. Ini sebagai tanda berterima kasih kepada Buapak dan Bapak Lembaga kerana sudi menghadiri majlis persandingan anak mereka.